Thursday, November 27, 2008
The moment u left..
Posted by Nurul Hazirah Binti Abd Latif at 8:01 PM 4 comments
Labels: PERIHAL HIDUPKU
Ladies, we can make a different
* One in eight women or 12.6% of all women will get breast cancer in her lifetime.
* Breast cancer risk increases with age and every woman is at risk.
* Every 13 minutes a woman dies of breast cancer.
* Seventy-seven percent of women with breast cancer are over 50.
* Breast cancer is the leading cause of cancer death in women between the ages of 15 and 54,
and the second cause of cancer death in women 55 to 74.
* Risks for breast cancer include a family history, atypical hyperplasia, early menstruation
(before age 12), late menopause (after age 55), current use or use in the last ten years of oral
contraceptives, and daily consumption of alcohol.
* Early detection of breast cancer, through monthly breast self-exam and particularly yearly
mammography after age 40, offers the best chance for survival. Above facts taken from
Women’s Health Organisation Forum.
And now here is the tag and the rules:
1. Put the logo in your blog.
2. Add a link to the person who shared it with you.
3. Nominate at least 7 other blogs.
4. Leave a message for your nominee on their blog.
I would like to share this specially with: -
1. Kak Ti
2. Anem
3. Ani
Posted by Nurul Hazirah Binti Abd Latif at 12:31 AM 2 comments
Sunday, November 23, 2008
Friends Forever
Geng. Terdiri daripada Dayah, Asfa, Nisa, Asmaa, Hanis n Nor. Dah lame ktorg jd kawan. Lbih sedekad. Walaupun terpisah sekejap mase sek men., lps tu brsatu balik. Tahun 2004 Hanis pergi Aus dan kmudian NZ. Ape kabar la Hanis kat sane skang. Pastu tinggal 5. Beberapa hari sebelum Ramadhan tahun 2008, Asmaa pulak terbang ke US. Hope Asmaa sehat n dpt ssuaikn diri di tmpt bru. Tinggal 4. Kurang 3 hari lagi Nisa lak nak tgglkan Malaysia. Nk g UK. hmm.. nampaknye cume 3 yg tggal. Mungkin Hanis nk balik. tapi xtau bile. Kalo ikutkan hati, mmg sdih sgt. Tp nk wt camne, sume tgh mncari erti dan haluan hdup. Xpelah, doa kami mengiringi kalian sentiase. Maafkan diri ini andai byk melukakan hati. Jage diri baik2, jaga iman dan agama. Moge segala yang diimpikan mnjadi kenyataan. Friends forever. Segala kenangan kan trsimpan dlm memori dan moga kita kan brsatu semula suatu hari nanti..insyaAllah.~BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH SWT~
Teringat lak prtndgn nasyid mase djh 5 :-(
Kawan bertahun kita bersama bagai semalam baru bersua. Kawan dihadapan oh! Indahnya kita bersama berkelana. Namun kita jauh di dunia sendiri bekalan sendiri (semangat sendiri) impian sendiri. Meski pun jauh namun kita tetap bersama dek ruang yang memisahkan kita. Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah. Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih. Ingatlah bintang-bintang di langit takkan terus berkelipan. Ingatlah pelangi yang indah pasti akan hilang. Kawan jangan biarkan dirimu seperti rama-rama cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding. Kawan jangan biarkan dirimuUmpama lipan dan kalaBerbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis. Oh! Kawan jadilah seperti si matahari membakar diri demi insan sejagat. Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama menerangi malam yang gelap gelita menunjukkan jalan demi ummat semesta.
Posted by Nurul Hazirah Binti Abd Latif at 8:48 PM 3 comments
Labels: PERIHAL HIDUPKU
Guru kecil
Ada seekor ikan di dapur. Khairul beli dekat pasar malam, pastu die xnak jage plak. ade ke patut. Makanan ikan ni dah lame habis. Kesian plak tgk die brenang2 x tntu hale. Otak pn mule la brfikir, nk bg ikan ni mkn ape eh. Pastu tetibe tringat peristiwa mlm td.
Pada malam sebelumnya..
Kami sekeluarga pergi Rstoran Nelayan sbg hdiah Mizah dpt kptusan cmrlang. Tgah sdap2 dok mkn uh, pastu tetibe lantai kayu uh brgegar. Tau jela, Rstoran Nelayan uh trapung, so takut la gk. Rupenye ade seorg budak prmpuan yg montel brlari2 kt stu. Dari satu tmpat ke satu tmpat. Aiseyh, ape kene la budak ni agaknye. Xpe, aktiviti mkan dtruskan. Tetibe trdgr die mnjerit "mak, adik bg ikan makan roti, dengan nada yang sgt happy dan excited", isy wat trkjut je org tgh mkn. Tp xpe la kot die msih kcil dan blum tau ape erti hdup, watpe nak marah ak. Kalo x bising uh, bukan budak kecil la namenye. :-)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Owh dh dpt idea, ikan leh mkn roti rupenye. Jadi roti pn dcubit sikit n tros bg ikan uh mkn. Ikan uh nmpk je roti, trus die mkn. Wah Alhamdulillah, satu masalah berjaya diatasi walaupun diajar oleh seorang 'guru kecil'.
Semoga 'guru kecil' smlm uh berjaya di dunia dan akhirat, InsyaAllah :-)
Posted by Nurul Hazirah Binti Abd Latif at 8:33 PM 0 comments
Labels: PERIHAL HIDUPKU
Ada apa dengan kurus
KURUS vs GEMUK. Perlu ke kurus ni? Perlu, supaya lbih snang bribadat. Makan pn kan ke xleh byk senanye. Brdosa mkn lg kalo dh kenyang. Nor x penah kurus. Cume time lahir aritu, Nor yang pling kcik. So penah la gak mrase kcik senanye. Tp tu bukn krus. Mk kate mase kcik, sbab Nor byk sgt mkn, drg x bg pegi dapur, pastu Nor g snyap2, pastu drang pn ksian..Hmm.. Time djh 1, brat Nor dh 30+. Aih, ape kes. Pastu brtambah thun, brtambah la brat bdnnye. Smpai mase djh 6, brat Nor dh 70+. Abes f5 lak, dh 90+. Ni mmg dh kes brat. Smenjak 2 menjak ni smgt nk kurus tu dtg mluap2 plak. Tertuama bile tgk byk slimming cente, herbalife, sendayu tinggi, teh orang kg, bgkung, etc. Tetibe trfikir, btol ke ade care cpt nk kurus senanye. Tp satu yang pasti, kalo gune sume alternatif2 ni pn, still kne control makan, dan brsenam. So rasenye solution die mcam cntrol mkn n brsenam je ak. Jd ape lagi. Jom mule. Semuanya bermula dengan langkah pertama. Ape yang Nor wat skang ade lah makan bfast, lunch dan dinner pada mase yg tlah ditetapkan, elakkan mkn anything in between, bykkan mnum air, exercise skurang2 nya 20 minit sehari. Satu mggu dh brlalu, Alhamdulillah ade trun sikit nampaknye. Keep up the good work. Pastikan consistent. SANGAT PENTING tu!! So everybody, wish me luck n pray for me k. Thanx :-)
Mak suruh banyakkan solat malam, exercise gak uh. Ammar lak ckp jgn lupe doa, Allah tu Maha Mendengar. Teringin rasenye nk kurus, xtau camne rasenye kurus.. Huh
Posted by Nurul Hazirah Binti Abd Latif at 6:42 PM 1 comments
Labels: PERIHAL HIDUPKU
Ingatlah orang tersayang
Slogan yang biasa didengar dlm tv, untk para driver. Mayb patot tuka kepade "Ingatlah orang yang menyayangi". Mungkin lbih mnyentuh hati..mm x kisahla, nak cite pasal dpt saman senanye. Smlm ayah dpt surat brdftr drpd Jab. Pgangkutn Jln. Tgk no kete, BGY 9573. Kne saman dkat Rmbau. RM300. Had laju 110, tp bwk 132. Aih mcam knal je. Huhu x syak lg, diriku ini la yg memandu masa tu. Aih sape nk bwk lmbt2 mase x byk kete ak.. X ke bosan camtu. Hmm satu amalan yg ptot dtukar. So lps ni kne la brigt sket, kalo xnk igt org2 yg dsygi, igt org yg myayangi. Btol gk tu.
Posted by Nurul Hazirah Binti Abd Latif at 6:23 PM 0 comments
Labels: PERIHAL HIDUPKU
Tika ajal menjemput
Hari ni hari ahad. Semalam Sabtu. Nak cite psal hari Sabtu. Cadangnya nak g joging. Pagi tu hari hujan. Mule ingat x jd nak g. Pastu g la gak kot2 sampai tasik titiwangse hujan dah benti. Sampai je, Alhamdulillah memang dah benti. So mule la round pertame. Abes satu round. Mak dh x larat jd lps tu mk tggu Krul ngan Hani kat playground. Nor pn mulekan 2nd round ngan Kimah. Semuanya cam biase. Lbih kurang dh separuh perjalanan, nampak orang ramai berkumpul. Mungkin ade orang maen treasure hunt kot, sbab ade family day. Ktorang pn jlan cam biase. Bile sampai kt tempat uh, rupenye ade orang pengsan. Bile datang dekat lagi, nmpk mcm bukan pengsan, macam rebah, mate terbukak n spec trcampak. Mcm kne heart attack. Nmpk mcm dh lame rebahnya. Trkjut sangat, igt lg muke die smpai skang. Hmm.. Orang2 kt stu dh pggil ambulan. Tapi kn bgus kalo ade org yg tau CPR ataupn mouth to mouth tu. Mm doakan jela moge orang uh dpt dslmtkn. Kalau x, moge rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang soleh, insyaAllah
Moral of the story :
1) ajal x cepat walau sesaat dan x lmbt walau sesaat. Tak kira la mase kite tgh wat ape pn. Jd, mase buat ape2, mlut tu rjinlah brzikir memujiNya. Ckup ke amalan kita nanti. Tepuk dada, tanya diri. Moga kita semue kmbali kepadaNya dalam keadaan husnul khotimah, insyaAllah
2) Jom daftar jd ahli pbsm. Dpt gak beramal n bg prtolongan cmas sblum dr smpai. Layari http://www.redcrescent.org.my/ :-)
Posted by Nurul Hazirah Binti Abd Latif at 6:01 PM 0 comments
Labels: PERIHAL HIDUPKU
Friday, November 21, 2008
Petikan dari blog Cg. Norlaila
“Assalamualaikum !”Aku terdengar suara orang memberi salam. Aku keluar dari bilik menuju ke pintu.Sebaik saja pintu dibuka, aku terkejut dan tergamam melihat suamiku tersenyum memandangku.“Abang, bila abang balik? Bila abang sampai? Abang , is this really you? Betul ke abang dah bebas?” Soalku bertubi-tubi.Pintu sudah terbuka, tapi grill masih lagi berkunci.“Polis tu letakkan abang dekat bus-stop seberang jalan tu tadi, terpaksa abang jalan kaki sikit untuk sampai kerumah… abang memang dah bebas …cepat la buka grill ni…abang dahaga la”.“Ok, ok, sabar ya. Ila sedang cari kunci grill ni….”Aku kelam kabut mencari kunci rumah kerana disitu digandingkan sekali kunci grill. Puas ku cari, tapi tak jumpa juga. Sesekali ku melihat kearah suamiku yang sedang tersenyum..“Abang, sorry ya , lambat sikit. Lupalah kat mana Ila letak kunci tu…tengah cari ni….” .Semua tempat telah diselongkar, dalam beg tangan, atas meja, dalam laci …. namun kunci itu tak juga ditemui.Aku mula menangis.“Abang, I’m so sorry.I really misplaced the keys, let me think of some other ways….”air mataku mula bercucuran .Tiba-tiba aku terjaga……Astaghfirullah al Adzim, bermimpi rupanya. But everything looked so real. Memang dia sudah pulang kerumah..Ya, aku memang menangis. Bantal ku juga terasa basah. Lantas aku baring semula, memejamkan mata, dengan harapan mimpiku bersambung, tapi….segalanya memang hanyalah sekadar mimpi.Akhirnya, yang terdaya aku lakukan hanyalah membiarkan saja deraian airmata yang turun dengan lajunya….Kisah diatas adalah secuit dari ribuan kisah-kisah duka sepanjang suami ditahan ISA di Kem Kamunting.Hingga saat ini,hampir 7 tahun lamanya ,sejak dia diambil dari rumah kami, dia tidak pernah pulang kerumah. Rindu? Tiada bahasa yang dapat diucapkan untuk menyatakan perasaan tersebut, hingga ada kalanya, seolah-olah aku takut untuk melihat potretnya, kerana terlalu khuatir, dia akan pulang kerumah dalam bentuk mimpi dan akhirnya, hanya linangan airmata yang setia untuk mengubati rindu ini.
Posted by Nurul Hazirah Binti Abd Latif at 2:29 PM 0 comments
Labels: PETIKAN
Wednesday, November 19, 2008
Petikan dari dg-9 net
BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan.
Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?
CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya.Sebagaimana firman-NYA;
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).
Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)
ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)
Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antaradua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.
Fatwa UlamaSyaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau;Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untukbersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.
Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya;
Jika ada seseorang lelaki yang bercorrespond dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai,apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana correspond/berhubun gan semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.
Syeikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32).
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.
Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat.
Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.
Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, kerektor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.
Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.
Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.
Posted by Nurul Hazirah Binti Abd Latif at 7:54 PM 0 comments
Labels: PETIKAN
Saturday, November 15, 2008
Mizah, you did it!!!
Posted by Nurul Hazirah Binti Abd Latif at 8:41 PM 0 comments
Labels: PERIHAL HIDUPKU
Sesungguhnya hati ini rindu kepadaMu
Posted by Nurul Hazirah Binti Abd Latif at 7:36 PM 0 comments
Labels: PERIHAL HIDUPKU
Tangisan batin
Last week Nur dan kawan2 sebilik dari kuis ; Wa, Dila, Ain, Yana dan Tipah pergi rumah Anis (kawan sebilik gak) nak tengok 'orang baru', adik Anis yg bru lahir. Name die x ingat, tp yg pnting ade Saidina dpn die.Sume adik bradik Anis mmg ade Saidatina untuk prmpuan, n Saidina untuk laki, sebab name ayh drg Saidina Ali. Mmg cute tol adknye, dh 30+ hari. Alhamdulillah, mak die pn nk abes pntang dah. Moge semuanya bertambah sihat.Lepas tu kami pergi shopping barang2 sat, pastu g umah k.Niza lak. K.Niza ni ex ckgu tadika amal, dlu penah kje situ jap, Nur knal pn sbb dlu Nur pernah ganti cg. Aizan. Dah lame brhajat nk g sane, Alhamdulillah, sampai gak. Ank kak Niza yg 1st uh, Aqil namenye, kesian die kaki sebelah pendek, sebelah ok. Dalam 2-3 bulan lg, doktor nak operate n masukkan mcm besi dlm kaki die supaya sama panjang, pastu lak kene adjust2 lak besi dlm tu selama beberapa bulan lagi..n the list goes on..macam2 lg prosedur lps tu..hmm..anak k.Niza yg kedue lak asyik muntah je kebelakangan ni, dr lak kate xde ape. Yg ke3 alhamdulillah so far so good..Moge k.Niza dan keluarga diberi ketabahan dan kekuatan, sesungguhnya tidak Allah swt turunkan ujian untuk seseorang tu, melainkan yang larat dibebaninya. Jauh di sudut hati, itulah yang kite semua harus selalu fikirkan, sesungguhnya ni lah peluang yang Allah swt berikan kepada hambaNya untuk sentiasa berdoa padaNya, merintih padaNya dan mendekatkan hati padaNya..Sesungguhnya Allah swt itu rindu sangatttt dengan kita semua..Hati ini tersentuh
Posted by Nurul Hazirah Binti Abd Latif at 7:21 PM 0 comments
Labels: PERIHAL HIDUPKU
Friday, November 7, 2008
Moving to Yemen?
Posted by Nurul Hazirah Binti Abd Latif at 1:14 PM 2 comments
Labels: PERIHAL HIDUPKU
Bermula di sini
Posted by Nurul Hazirah Binti Abd Latif at 12:50 PM 0 comments
Labels: PERIHAL HIDUPKU